Talak

0 Komen
TALAK

Memang diketahui umum bahawa rumah tangga penuh dengan suka dan duka , penuh liku-liku yang baik dan buruk. Suami istri terkadang menjauh setelah sebelumnya bersatu padu, terkadang bertengkar kerana perasaan kasih yang dipupuk mulai berkurangan, kerana itulah ketenangan keluarga berbalik kepada cuaca yang panas dan buruk. Pertengkaran dimulai dengan sebab-sebab yang kecil dan apinya membesar sehingga menimbulkan akibat yang buruk. 

Di dalam islam apabila kesefahaman didalam rumah tangga tidak ada lagi maka dibolehkan melakukan cerai , tetapi penceraian itu dibenci oleh Allah S.W.T. seperti sabda nabi kita Muhammad S.A.W  yang bermaksud “Benda yang halal tetapi dibenci oleh Allah adalah penceraian”.

Tauhid Menolak Jahiliyyah Dan Membentuk Masyarakat Islam

0 Komen

TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN MEMBENTUK MASYARAKAT
ISLAM

Islam nizam yang lengkap

Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar, cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih, kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang,dahan, cabang, ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun berhubung rapat dengan akar pokok itu.

Islam bererti penyerahan diri

Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan hamba sepenuhnya kepada Allah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semua urusan hidup.