Tauhid Menolak Jahiliyyah Dan Membentuk Masyarakat Islam


TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN MEMBENTUK MASYARAKAT
ISLAM

Islam nizam yang lengkap

Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar, cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih, kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang,dahan, cabang, ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun berhubung rapat dengan akar pokok itu.

Islam bererti penyerahan diri

Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan hamba sepenuhnya kepada Allah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semua urusan hidup.

Islam dibawa oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk memperbetulkan perhambaan manusia sama seperti ia datang melalui para rasul sebelum baginda. Islam datang untuk mengalihkan kepatuhan manusia kepada kehendak dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang sentiasa berjalan di atas landasan pemerintahan Allah SWT. Manusia adalah sebahagian daripada alam. Justeru itu manusia dan alam mestilah selaras dalam kepatuhan kepada Pencipta.

Hamba yang memperhambakan diri kepada Allah

Semua manusia adalah hamba Allah SWT. Namun, manusiatidak akan menjadi hamba Allah SWT yang sebenar melainkan apabila dia tundukdan patuh kepada kekuasaan Allah dengan memegang panji-panji Lailaha Illallah mengikut fahaman :

“Tiada kekuasaan yang lain selain daripadakekuasaan Allah SWT. Tiada peraturan yang lain selain daripada peraturanAllah SWT. Tiada syariat yang lain selain daripada syariat Allah SWT. Tiadakekuasaan seseorang ke atas seseorang yang lain, kerana kekuasaan itu seluruhnyakepunyaan Allah SWT.”

Hamba-hamba yang beginilah yang akan membentukrupa bangsa (ummah) yang dikehendaki Islam. Rupa bangsa aqidah yang menggabungkanseluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah SWT.

Tauhid menolak jahiliyyah

Mentauhidkan Allah SWT atau mengesakan Allah SWT sebenarnya menolak jahiliyyah. Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdikandiri kepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkanjahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atautidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata.

Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah.Juga akan terbina di atasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsephidup, tingkah laku dan aktiviti manusia.

Aqidah yang betul akan ...

Aqidah yang betul akan meletakkan manusia padadarjat sebenar dan membetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zamandan tempat. Aqidah yang betul mengarahkan manusia kepada matlamat hakikimelalui jalan sahih.

Aqidah yang betul hidup dan nampak kesannya yangsempurna dalam perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia,tanpa terpisah antara satu sama lain.

Aqidah yang salah melahirkan jahiliyyah

Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang lain daripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-cirijahiliyyah meskipun pelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT.Kesan jahiliyyah itu lambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidahyang salah atau tidak tepat. Begitulah sunnah Allah SWT.

Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan AllahSWT, tetapi natijah jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka.Firman Allah SWT:

Ertinya : “Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakahyang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Luqman:25)

Ertinya : “Sekiranya engkau bertanyakan mereka: Siapakahyang menjadikan mereka? Nescaya mereka berkata: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

Ertinya : “Katakanlah: Siapakah yang memberikan rezekikepada kamu daripada langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa (mencipta)pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan hidup dari matidan mengeluarkan mati dari hidup, siapakah yang mentadbir semua ini? Nescayamereka berkata: Allah.” (Yunus: 31)

Walaupun orang Arab jahiliyyah mengetahui AllahSWT, mengakui segala sesuatu ciptaan-Nya dan di bawah tadbiran-Nya, tetapimereka tidak beriman dalam ertikata sebenar. Mereka menolak peraturan danhukum Allah S.W.T dalam kehidupan. Mereka tahu tetapi tidak mengikuti apayang mereka tahu. Mereka memperhambakan diri kepada ilah-ilah yang laindaripada Allah S.W.T. Mereka melaksanakan syari’at yang lain daripada syari’atAllah S.W.T. Mereka disebut Jahiliyyun (golongan yang jahil).

Syari’at dan aqidah tidak boleh dipisahkan

Syariat tidak boleh dipisah dan diceraikan daripadaaqidah. Garis pemutusnya ialah sama ada berhukum dengan apa yang AllahSWT tanzilkan atau sebaliknya (berhukum dengan jahiliyyah).
Jika seseorang itu beriman kepada Allah SWT danmenerima Uluhiyyah-Nya (ketuhanan), sudah tentu juga menerima Hakimiyyah-Nya(hukuman dan undang-undang-Nya). Allah SWT adalah Pencipta dan Pemilik,maka Dia-lah yang berhak ditaati. Syariat-Nya sahaja yang berhak dipatuhidan diikuti. Jika tidak, maka lahirlah jahiliyyah.

Oleh kerana jahiliyyah itu tidak berhukum denganapa yang diturunkan oleh Allah SWT,  sudah pasti jahiliyyah itu mengikuthawa nafsu.
Firman Allah SWT:

Ertinya : “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antarakamu menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu menurut hawanafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidakmemalingkan kamu daripada sebahagian yang diturunkan Allah kepada kamu.Jika mereka berpaling (daripada hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilahbahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepadamereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakanmanusia adalah orang-orang yang fasiq.” (Al-Maidah: 49)

Sebarang peraturan atau hukum yang tidak bersumberkansyara’ sebenarnya termasuk dalam ahwa’. Syariat Allah bersih daripada pengaruhahwa’. Seseorang itu perlu membuat keputusan sama ada ingin mengikut syariatAllah SWT (lalu dia menjadi muslim) atau mengikut ahwa’ (lalu dia terdiri daripada golongan jahiliyyah).

Hanya satu yang benar 

Kedatangan Islam untuk menetapkansatu tali atau satu alat sahaja yang menghubungkan manusia dengan AllahSWT. Apabila tali itu putus maka tidak ada lagi tali dan alat penghubungyang lain. Firman Allah SWT:

Ertinya : “Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang berimankepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orangyang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu bapa-bapa atauanak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka. Mereka itulah orang-orangyang telah Allah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan merekadengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya merekake dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sunagi, mereka kekal didalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka puas terhadap limpah (rahmat)-Nya.Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa golongan Allah itulahgolongan yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22) 

Terdapat satu sahaja golongan AllahSWT. Golongan Allah SWT tidak berbilang-bilang atau berbelah bahagi. Golonganatau puak lain adalah golongan atau puak syaitan dan thaghut. Firman AllahSWT:

Ertinya : “Orang-orang yang beriman berperang pada jalanAllah dan orang-orang yang kafir berperang pada jalan thaghut, sebab ituperangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalahlemah.” (An-Nisa’: 76) 

Hanya terdapat satu jalan yangboleh sampai kepada matlamat keredhaan Allah S.W.T. Jalan-jalan lain tidakakan sampai kepada keredhaan-Nya. Firman Allah SWT:

Ertinya : “Dan yang Kami perintahkan ini adalah jalan-Kuyang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalanlain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-An’am: 153)

Hanya satu sistem yang benariaitu sistem Islam, manakala sistem-sistem lain adalah jahiliyyah belaka. Firman Allah SWT:

Ertinya : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki,dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yangyakin? “ (Al-Maidah: 50) 

Hanya satu undang-undang atau syariatyang benar iaitu undang-undang atau syariat Allah SWT, manakala undang-undanglain adalah berlandaskan hawa nafsu belaka.
Firman Allah SWT:

Ertinya : “Kemudian kami jadikan kamu di atas satu syariat(peraturan) urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlahkamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (Al-Jathiyah:18)

Kebenaran hanya satu, tunggaldan tidak berbelah-bahagi. Selainnya adalah sesat belaka. Firman AllahSWT:

Ertinya : “Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhankamu sebenarnya; maka tiada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan,maka bagaimanakah kamu dipalingkan daripada kebenaran?” (Yunus: 32)

Akhirnya, hanya satu negara atau masyarakat yang diredhai Allah SWT iaitu negara Islam atau masyarakatIslam. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya tertegak Din Islam, berjalan syariat Islam dan berkuatkuasa peraturan-peraturan Allah.Semua warganya bersatu dan saling hormat menghormati.

Negara atau masyarakat yang dimaksudkan itu pernahwujud dan terbentuk pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.Tenaga pembentuknya adalah aqidah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah SAWmengikut arahan Allah SWT. Jalannya bermula dengan penegakankalimah tauhid Lailaha Illallah ( ) yang membawa manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT.

Jalan yang terpaksa menempuh kesusahan

Tiada jalan lain melainkan satu jalan sahaja untukmengembalikan Islam dan masyarakat Islam, iaitu jalan iman. Jika di permulaanIslam, iman telah menjadi tenaga pembangunan Islam, maka iman juga mestimenjadi tenaga pembangunan Islam pada zaman mutakhir ini.

Jalan untuk sampai kepada pembentukan masyarakatIslam ini terpaksa menempuh kesusahan, rintangan, kesakitan dan sebagainya.Allah SWT Yang Maha Suci, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak bermaksud menyeksa orang-orang mu’min. Malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa inilahsatu-satunya jalan untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk dan patuhkepada-Nya. Jalan inilah yang dapat memebersihkan muka bumi daripada thaghut.Bumi tidak akan bersih melainkan setelah terkibarnya panji-panji LailahaIllallah.

Masyarakat akan menikmati kebebasan sebenar

Apabila aqidah sudah bertapak dan menjadi asasyang kukuh, umat manusia mengenal Allah SWT dan menyembah-Nya. Setelah manusia memisahkan diri daripada penguasaan hawa nafsu durjana dan iman meresap ke dalam hati dan jiwa manusia, maka Allah SWT akan melakukan apahendak dilakukan-Nya. Bumi akan bersih daripada kekuasaan taghut seluruhnya.Masyarakat akan menikmati kebebasan daripada sebarang penginayaan dan penindasan sosial, akan tertegaklah sistem Islam yang adil mengikut perintah AllahSWT.

Senario yang sama

Angkatan pejuang Islam kini sedang menghadapi keadaan yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan Islam pertama. UmatIslam ketika itu adalah golongan yang kecil. Mereka menghadapi empayarbesar iaitu Rom di barat dan Farsi di timur. Kedua-dua empayar itu memilikikekuatan tentera, senjata, kekayaan, kepandaian berperang, pengalaman dan politik yang lebih hebat daripada umat Islam. Walaupun demikian, suatuyang luar biasa dan paling mengagumkan telah berlaku dalam sejarah. Umatyang kerdil ini telah berjaya mengalahkan dua empayar itu dalam masa tidaksampai setengah abad. Bagaimana hal ini boleh terjadi? 

Penafsiran sejarah berdasarkan kebendaan dan ekonomi tidak dapat menjelaskannya. Hanya satusahaja dapat memberi penjelasan yang kukuh, iaitu kekuatan Iman. Iman mendorongumat Islam untuk berjihad dengan penuh keberanian.

Perlukan persediaan yang lengkap

Bagi mewujudkan umat Islam sedemikian rupa bukanlahboleh dengan pengakuan mulut sahaja. Sebelumnya mesti melalui susur galurdan perencanaan kukuh, sempurna dan mantap. Dengan ini barulah akan lahirkesabaran dan ketahanan untuk menghadapi berbagai rupa rintangan dan ancaman.

Jahiliyyah tidak menjelma dalam bentuk teori semata-mata.Jahiliyyah wujud dalam bentuk gerakan kemasyarakatan yang serba lengkap.Jahiliyyah telah lama bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat.Oleh itu usaha untuk menghapuskan jahiliyyah mestilah tidak terbatas sekadarteori semata-mata. Bahkan mestilah dilakukan usaha bersungguh-sungguh denganpersediaan yang rapi dalam semua bidang. Usaha yang teratur dan penyusunanyang kuat perlu diwujudkan agar dapat melumpuh dan menghapuskan pengaruh jahiliyyah yang meluas dan melebar.

Tiada ulasan: